July 11, 2013

APEKEBENDA NYE UH?

"seseorang pelajar akturial hanya akan lulus kesemua 10 kertas peperiksaan Persatuan itu selepas dua tahun menerima ijazah. Kertas terakhir adalah yang paling susah dan menyeluruh mengambil masa hingga enam jam dimana pelajar perlu menyelesaikan masaalah sebenar dari pengalaman pekerjaanProf Madya Noriszura Ismail ( Ketua Program Sains Aktuari di Pusat Sains Matematik UKM ) 


aku godem godem internet utk search psl sc actuary...hambek hang!

mau x ketar lutut aq baq hang!

meh2 singgah bace utk luaskan informasi...cehh! -.-'


  1. TAKRIF SAINS AKTUARI
Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.

Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.



Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi.

  1. TEMPAT AKTUARI BEKERJA
Sejarah awal menunjukkan bahawa tugas-tugas aktuari berkait dengan kehidupan dan perniagaan terutamanya kemortalan dan faedah kompaun. Peranan aktuari juga berkait rapat dengan risiko kewangan. Daripada aktiviti-aktiviti ini, tugas aktuari telah tersebar merangkumi insurans dan pelaburan.

Di Amerika Utara dan Australia, di antara penglibatan aktuari adalah dalam lapangan;
* perancangan strategik
* Risiko persekitaran
* Demografi
* Peramalan cuaca
* Insurans kesihatan
* Pengurusan harta benda & dana
* Firma undang-undang

Di negara-negara lain, peranan aktuari tertumpu di sektor insurans dan pelaburan serta pengurusan sistem sekuriti kewangan.

Terdapat juga aktuari yang bekerja sebagai Perunding. Mereka membekalkan khidmat nasihat kepada syarikat dan badan-badan lain yang tidak menggaji pekerja-pekerja aktuari. Biasanya nasihat perunding merangkumi isu-isu yang luas, tumpuan perunding individu selalunya terhadap perkembangan kepakaran aktuari di dalam penggunaan persekitaran perniagaan.

Seorang aktuari juga boleh bekerja dalam sektor kerajaan. Mereka biasanya ditugaskan untuk menguruskan pelan pencen atau insurans kerajaan. Ramai aktuari juga bekerja dalam profesion pendidikan sebagai pensyarah-pensyarah di Universiti.

  1. SIAPAKAH YANG LAYAK MENJADI SEORANG AKTUARI ?
1) Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik
2) Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari
sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit.
3) Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar.
4) Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain.
5) Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik.
6) Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan.

allahu rabbi~~
in sha Allah ade something ALLAH campak kan aq kt bidang nyh....ameeen..

btw.. S.A.L.A.M =)

No comments:

Post a Comment

Followers

Search This Blog